SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah
dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau
sembahyang di tengah malam. Tetapi satu persoalan boleh ditimbulkan
berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk
sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan
penuh keheningan. Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah.
Sesungguhnya,
bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada
waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi. Juga bukan satu
perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam
dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan
mata yang masih terkebil-kebil kepedihan. Dengan kata lain, amalan
bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan.
Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada
siang hari menyebabkan sesetengah orang yang tidur seperti mati. Ia amat
susah untuk disedarkan walaupun puas dikejut.Matanya akan menjadi
bertambah mengantuk dan tubuhnya akan menjadi bertambah penat apabila
mereka tidur lewat malam kerana asyik menonton TV atau mereka melakukan
kerja tambahan lain.
Keadaan
sejuk dan suasana sunyi sepi di tengah malam juga menjadi faktor untuk
membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan untuk
berhubungan dengan Allah di tengah malam. Iman yang kurang tebal akan
membuat seseorang yang tidur nyenyak menarik selimutnya dengan lebih
kemas lagi. Sesungguhnya ketika itu adalah masa paling nikmat untuk
tidur. Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahasia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya. Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan
tinggi nilainya. Firman Allah s.w.t bermaksud: “Dan dari malam,
hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga
Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’ (Surah Al-Israk:
Ayat 79) Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang
Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk
mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya. Sesungguhnya segala
kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula.
Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud. Di waktu inilah - iaitu sepertiga malam,
pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan
Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi
menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di
akhirat nanti. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang
kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan
membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di
wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian
mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya
enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis Riwayat: Abu Daud) Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang. Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan
oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini. Bagi
manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan
keberatan untuk bangun melakukan Tahajud di tengah malam.
Sebaliknya,
orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk menolak selimutnya
walaupun berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram. Sembahyang
Tahajud sesungguhnya satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat lain. Sembahyang Tahajud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah.
Amalan sembahyang Tahajud bukan hanya diamalkan umat Nabi Muhammad
malah umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah Tahajud bukan
dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja. Saidina Umar Al-Khattab
menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata
maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan
khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.
Kurniaan di dunia ialah
- Jauh daripada segala penyakit
- Lahir kesan takwa pada wajahnya
- Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
- Percakapannya mengandungi hikmat
- Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).
- Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
- Dipermudahkan hisab
- Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat
- Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.
Walaupun
manusia sedar ketinggian kedudukan sembahyang Tahajud, namun sedikit
sekali manusia yang mengaku beragama Islam sanggup dan bersedia
melakukan sembahyang ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih
utama daripada bersembahyang. Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba
untuk bersembahyang Tahajud sekiranya mereka dapat merasai betapa
nikmatnya melakukan amalan itu. Keheningan dan kedinginan malam
seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi
jurang hubungan antara makhluk dan Khalik. Apa yang dibaca seseorang
ketika bersembahyang itu seolah-olah didengar dan mendapat layanan
daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Orang yang khusyuk dalam sembahyang
akan berasa hubungannya dengan Allah begitu hampir. Biasanya,
permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan
apabila tidak ramai orang memohonnya. Oleh itu, mohonlah keampunan dan
limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak.
Berhubunglah
dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu
taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat
dan nikmat daripada-Nya. Sebaik-baik permohonan dan masa untuk
berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam. Sebab itu, kurangkanlah
tidur dan banyakkanlah bersembahyang di tengah malam.
Mungkin juga anda perlu melakukan sesuatu aktiviti sebelum anda masuk tidur. 4 Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi)
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :-
“Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu : -
1.Sebelum khatam Al Qur’an
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah
Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”
Rasul tersenyum dan bersabda :
“Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”
Rasul tersenyum dan bersabda :
“Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an. Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami Semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu. Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah“
"Ya
Allah...ringankan tubuh badan kami untuk bangun mengadap dan bermunajat
padaMu di sepertiga malamMu".... Aamiinn Ya Rabbal 'Alamiin...
p/s : Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati...
sumber : http://www.suhainisaperan.com/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar